Bilangan Pembaca

Free Hit Counter

Thursday, October 22, 2009

3: Berjumpa Diego dan Marcia

Kad jemputan kahwin a.k.a surat saman. Nakamura dapat 1 kad jemputan kahwin dari kawan sekuliah satu masa dulu. Dah nak kawen dah kawan baik Nakamura ni. Agak jauh lagi. Lebih kurang sebulan setengah lagi. Masih ada masa untuk membuat perancangan. Disebabkan Nakamura agak baik, kawan Nakamura minta tolong Nakamura distribute ke kawan-kawan lain yang ada di sekitar Sikuda.

Salah satu dari penerima kad jemputan itu ialah kawan lama dari seberang Diego dan isterinya Marcia. Lepas maghrib, Nakamura call Diego untuk memastikan dia ada di rumah tapi dia dan Marcia serta anak-anaknya Pablo dan Rodriguez dah keluar. Ada urusan. Tapi tak lama katanya. Jadi Nakamura ambil keputusan untuk pergi makan dulu dengan Encik Sekime di plaza Justuko sementara tunggu Diego dan Marcia balik ke rumah. Tengah nak makan terjumpa sorang lagi kawan lama sekuliah Nakamura. Jadi ajaklah dia makan sekali. Kebetulan dia pun ada urusan nak berjumpa dengan Diego. Nak bincang pasal perpaipan di kawasan perumahan dia katanya.

Lebih sikit 915 malam, kami pun bergerak la ke rumah Diego dan Marcia. Sampai je, kami di sambut oleh anak-anak Diego. Pablo dan Rodriguez. Dua anak kecil yang tak pernah gagal untuk menceriakan hati aku. Setiap kali ternampak Pablo dan Rodriguez, mesti Nakamura teringat pada anak Nitsume. Dah berapa dah umur dia. Dekat 5 tahun rasanya. Agak lama jugak tak jumpa. 3 tahun. Aih.

Sampai di rumah Diego, kami disuruh terus ke dapur. Makanan rasmi masyarakat Brazil terhidang di atas meja. Aduh.. makan lagi. Tapi kami semua terpaksa menolak dengan baik kerana dah kenyang sangat makan kat Plaza Justuko. Akhirnya kami lepak di depan TV sambil minum milo ais dan berkongsi cerita-cerita. Dari cerita kawen, ke cerita kawan ke cerita Nakamura dan tukang cuci. Kami memang rapat. Nakamura dah kenal Diego dan Marcia sejak 9 tahun lepas. Mungkin juga 10. Jadi memang banyak tentang Nakamura yang Diego tahu. Marcia, jangan cerita sebab dia memang lebih tahu pasal Nakamura. Kakak yang baik la katakan si Marcia ni.

Nakamura lebih banyak bermain dengan anak-anak Diego. Seronok dengan mereka dua orang ni. Comel dan ceria. Encik Sekime pun dah makin serasi dengan keluarga Diego. Walaupun baru je kenal dalam sebulan dua. Tapi Encik Sekime pandai bawa diri. Hmm.. Jam lewat sikit dari 1015 malam. Kesian pulak kat Encik Sekime. Ada game besar minggu depan. Kena banyak persiapan. Jadi Nakamura dan Encik Sekime pun balik. Balik dengan hati ceria dengan layanan Diego dan Marcia, ceria dengan telatah Pablo dan Rodriguez. Hmm.. Kan bagus kalau semua orang berhati mulia.


..jya ne..

No comments:

Post a Comment