Bilangan Pembaca

Free Hit Counter

Tuesday, October 27, 2009

5: Hari Lahir Sekime Miza

27hb adalah hari lahir kawan baik Nakamura iaitu encik Sekime. Tahun ni encik Sekime menyambut hari lahirnya yang ke 20 an. Hhehhehe. Tak bleh bagi tau umur sebenar kot.

Sekime ialah kawan yang baru Nakamura jumpa sejak Nakamura pindah ke Sikuda setahun lepas. Encik Sekime dan Nakamura tinggal di kampung yang sama di pinggir bandar Sikuda. Baru-baru ni Encik Sekime pindah ke rumah yang lebih dekat dekat dengan Nakamura. Selang beberapa pintu je. Sampaikan biasanya nak ambil air di perigi pun kami berjumpa. Dah memang duduk dekat kan. Selalunya Nakamura akan lebih banyak bersama Sekime. Makan, bersukan, bersuka, menyetan dan macam macam lagi la. Cuma bila Nakamura keluar dengan Sizuka, tak boleh la Encik Sekime nak ikut. Menyibuk je.

Nakamura cuma nak ucapkan selamat menyambut hari lahir buat Sekime Miza. Harapnya Encik Sekime sukalah dengan baju lelaki gasing kaler hitam bertopi separuh tu. Nakamura buatkan hadiah sebab Encik Sekime pernah cuba baju tu tapi tak jadi nak beli. Kalau tak pakai pun, boleh buat alas kaki kat rumah.

Rasanya Encik Sekime masih lagi terkejut dengan dramalova sebabak malam tadi lakonan Sizuka, Akiko dan pelakon tambahan dari Korea Jyu Hyon. APa pun, selamat maju jaya menempuh kehidupan di bumi Sikuda.


..jya ne..

Monday, October 26, 2009

4: Hujung Minggu

Hujung minggu adalah perkara yang biasanya Nakamura tunggu. Nak berehat dan berseronok. Masa ni la nak berjalan, nak tengok alam, nak kemas baju, nak kemas bilik, nak lepak baca novel dan nak macam-macam lagi la. Kalau lah hujung minggu boleh ada 3 hari lagi best. Banyak sikit benda boleh buat.

Hujung minggu kali ni, keluarga Nakamura berkunjung ke Sikuda untuk membuat sedikit perniagaan. Keluarga Nakamura ada buat perniagaan kuih muih secara kecil kecilan. Yang paling popular semestinyalah dorayaki. Walaupun tak sehebat kedai Genki Sushi atau Papa Wasabi, tapi cukuplah nak menyara kehidupan seharian.

Nakamura agak seronok sebenarnya dengan kedatangan keluarga ke bandar Sikuda. Bukan mudah nak sampai ke sini. Seingat Nakamura, dalam 3 tahun ni ada la 2 kali mereka ke Sikuda. Dulu pun diorang datang ke Sikuda Nakamura tak ada. Mengikut kumpulan kanak-kanak riang ke utara Jepun. Kalau tak silap nama tempat tu Sudimo.

Sementelah keluarga ada di Sikuda, Nakamura membawa keluarga menziarah tempat-tempat menarik dan rumah-rumah menarik sekitar Sikuda. Seperti biasa kalau dah berkumpul, acara yang wajib haruslah makan. Nakamura dan family dijamu makan makanan asasi jepun. Dah nama duduk Jepun, agak sukar nak jupa makan itali atau mexico. Dapat sushi dgn wasabi pun jadi lah.

Kami ada juga jalan ke rumah seorang saudara jauh. Perjalanan lebih 30 minit naik keretapi peluru untuk kerumah dia. Sampai je di rumah dia di tepi pelabuhan, Nakamura sekeluarga di jamu makan mi udon dan ebi tempura. Ni bukan ebi yang pernah masuk pertandingan menyanyi kolej tidak real. Seperti biasa kalau berkumpul saudara, makan, borak, borak, makan. Nakamura syukur hidup dikelilingi orang yang penuh kasih sayang.

Oh ye, malam sabtu hari tu sempat lagi Nakamura bawa Sizuka keluar bermain boling sambil menunjukkan skil skil luarbiasa. Biasalah orang terer..


..jya ne..

Thursday, October 22, 2009

3: Berjumpa Diego dan Marcia

Kad jemputan kahwin a.k.a surat saman. Nakamura dapat 1 kad jemputan kahwin dari kawan sekuliah satu masa dulu. Dah nak kawen dah kawan baik Nakamura ni. Agak jauh lagi. Lebih kurang sebulan setengah lagi. Masih ada masa untuk membuat perancangan. Disebabkan Nakamura agak baik, kawan Nakamura minta tolong Nakamura distribute ke kawan-kawan lain yang ada di sekitar Sikuda.

Salah satu dari penerima kad jemputan itu ialah kawan lama dari seberang Diego dan isterinya Marcia. Lepas maghrib, Nakamura call Diego untuk memastikan dia ada di rumah tapi dia dan Marcia serta anak-anaknya Pablo dan Rodriguez dah keluar. Ada urusan. Tapi tak lama katanya. Jadi Nakamura ambil keputusan untuk pergi makan dulu dengan Encik Sekime di plaza Justuko sementara tunggu Diego dan Marcia balik ke rumah. Tengah nak makan terjumpa sorang lagi kawan lama sekuliah Nakamura. Jadi ajaklah dia makan sekali. Kebetulan dia pun ada urusan nak berjumpa dengan Diego. Nak bincang pasal perpaipan di kawasan perumahan dia katanya.

Lebih sikit 915 malam, kami pun bergerak la ke rumah Diego dan Marcia. Sampai je, kami di sambut oleh anak-anak Diego. Pablo dan Rodriguez. Dua anak kecil yang tak pernah gagal untuk menceriakan hati aku. Setiap kali ternampak Pablo dan Rodriguez, mesti Nakamura teringat pada anak Nitsume. Dah berapa dah umur dia. Dekat 5 tahun rasanya. Agak lama jugak tak jumpa. 3 tahun. Aih.

Sampai di rumah Diego, kami disuruh terus ke dapur. Makanan rasmi masyarakat Brazil terhidang di atas meja. Aduh.. makan lagi. Tapi kami semua terpaksa menolak dengan baik kerana dah kenyang sangat makan kat Plaza Justuko. Akhirnya kami lepak di depan TV sambil minum milo ais dan berkongsi cerita-cerita. Dari cerita kawen, ke cerita kawan ke cerita Nakamura dan tukang cuci. Kami memang rapat. Nakamura dah kenal Diego dan Marcia sejak 9 tahun lepas. Mungkin juga 10. Jadi memang banyak tentang Nakamura yang Diego tahu. Marcia, jangan cerita sebab dia memang lebih tahu pasal Nakamura. Kakak yang baik la katakan si Marcia ni.

Nakamura lebih banyak bermain dengan anak-anak Diego. Seronok dengan mereka dua orang ni. Comel dan ceria. Encik Sekime pun dah makin serasi dengan keluarga Diego. Walaupun baru je kenal dalam sebulan dua. Tapi Encik Sekime pandai bawa diri. Hmm.. Jam lewat sikit dari 1015 malam. Kesian pulak kat Encik Sekime. Ada game besar minggu depan. Kena banyak persiapan. Jadi Nakamura dan Encik Sekime pun balik. Balik dengan hati ceria dengan layanan Diego dan Marcia, ceria dengan telatah Pablo dan Rodriguez. Hmm.. Kan bagus kalau semua orang berhati mulia.


..jya ne..

Wednesday, October 21, 2009

2: Mahalnya Memotong Rambut Di Taman Unity

Semalam Nakamura balik lewat dari tempat dia bekerja. Banyak dokumen yang perlu ditaip. Tambah lagi dengan rakan sekerja Nakamura yang baru saja belajar menaip, Nakamura offer untuk tolong rakan itu untuk menaip untuknya. Bukan apa, nanti slow-slow Nakamura ajarla kawan tu macam mana nak menaip dengan lebih baik. Di pejabat tu pun cuma ada dua jurutaip yang mampu menaip benda-benda pelik dan susah untuk ditafsir. Yang lain sekadar jurutaip biasa saja. Tak salah mengoffer sementelah mereka belajar menaip dengan lebih baik.

Malam semalam juga Nakamura keluar ke Taman Unity seperti yang dirancang. Lepas sahaja solat maghrib pintu rumah Nakamura diketuk oleh Encik Sekime yang nak temankan Nakamura pergi ke Taman Unity untuk potong rambut. Mahal juga potong rambut di Taman Unity ni. Bagi Nakamura yang berpendapatan sederhana rendah ini, agak mahal la harga tu. Teringat pula kisah cerita abang Nakamura iaitu Nakamura Nitsume, dia pernah tak potong rambut satu ketika dulu sebab mahal. Ye lah dia duduk di tempat yang kos sara hidupnya jauh lebih tinggi dari Nakamura. Tapi Nakamura tak sampaila tak potong rambut. Sejak kerja di tempat baru, Alhamdulillah rezekinya cukup.

Sampai je kat Taman Unity, kedai gunting rambut yang dicadang Encik Sekime dah tutup. Terpaksalah ke tempat lain yang Nakamura rasa agak mahal sedikit itu.

Encik Sekime: Izumi nak potong rambut camana?
Nakamura: Tahla Miza, rasanya nak buat style style seperti anak-anak muda lain di Jepun ni. Kalau ada duit lebih nak juga rasa macamana diletak krim pelembut rambut. Tapi tgk la bajet macamana.

Encik Sekime hanya tersenyum kambing. Dia tau kot, Nakamura tak ada duit banyak untuk letak krim pelembut rambut. Aih..

Sementara rambut dibelek oleh tukung penggunting berbangsa Korea, Nakamura bertanya juga tentang harga rawatan dan perkhidmatan lain. Nak jugak tau harga krim pelembut rambut. Mendengar harga mencecah ribuan yen, Nakamura cuma tersenyum kosong dan mengangguk "iye.. iye.." sahaja. Apakan daya, kena simpan duit sebab Nakamura nak kawin tahun depan. Sizuka, gadis kampung Nainato, kampung sebelah tempat Nakamura tinggal menjadi idaman hati. Apa agaknya khabar Sizuka. Harapnya dia dah semakin sihat. Hari tu dia agak kurang sihat sebab makan sushi banyak sangat.

Lepas je potong rambut dan buat style sedikit sedikit, Nakamura pun ajak Encik Sekime balik dan pergi ke mesyuarat penduduk kampung. Ada sedikit malas tapi kena pergi jugak sebab dah jadi kebiasaan Nakamura untuk menjenguk mesyuarat walaupun kadang-kadang cuma nak makan free je. Hehehhehe..


..jya ne..

Tuesday, October 20, 2009

1: Permulaan Baru

Nama aku Nakamura Izumi. Kawan-kawan rapat memanggil aku Izumi. Hari ini bermula satu episod baru dalam hidup aku. Aku akan menulis sebahagian dari kisah hidup aku dalam catatan ringkas di sini. Segala apa yang akan ku tulis adalah dari sudut pandanganku dalam menjalani kehidupan sebagai jurutaip di kota Sikuda, Jepun.

Aku berasal dari salah sebuah bandar kecil di bahagian tengah Jepun. Demi mencari sesuap nasi aku kini keluar dari tempat asalku dan tinggal di sebuah perkampungan kecil di tengah-tengah kota Sikuda, bandar paling selatan Jepun.

Aku rasa baik aku berhenti sekarang. Aku dah berjanji dengan jiran sebelah rumah Encik Sekime Miza untuk ke Taman Unity. Ada mesyuarat jawatankuasa kampung malam ni. Jadi aku perlu membuat persiapan untuk mesyuarat tu. Kerja-kerja kat pejabat ni pun dah selesai. Nanti kalau lambat marah pulak Encik Sekime.


..jya ne..