Bilangan Pembaca

Free Hit Counter

Wednesday, October 21, 2009

2: Mahalnya Memotong Rambut Di Taman Unity

Semalam Nakamura balik lewat dari tempat dia bekerja. Banyak dokumen yang perlu ditaip. Tambah lagi dengan rakan sekerja Nakamura yang baru saja belajar menaip, Nakamura offer untuk tolong rakan itu untuk menaip untuknya. Bukan apa, nanti slow-slow Nakamura ajarla kawan tu macam mana nak menaip dengan lebih baik. Di pejabat tu pun cuma ada dua jurutaip yang mampu menaip benda-benda pelik dan susah untuk ditafsir. Yang lain sekadar jurutaip biasa saja. Tak salah mengoffer sementelah mereka belajar menaip dengan lebih baik.

Malam semalam juga Nakamura keluar ke Taman Unity seperti yang dirancang. Lepas sahaja solat maghrib pintu rumah Nakamura diketuk oleh Encik Sekime yang nak temankan Nakamura pergi ke Taman Unity untuk potong rambut. Mahal juga potong rambut di Taman Unity ni. Bagi Nakamura yang berpendapatan sederhana rendah ini, agak mahal la harga tu. Teringat pula kisah cerita abang Nakamura iaitu Nakamura Nitsume, dia pernah tak potong rambut satu ketika dulu sebab mahal. Ye lah dia duduk di tempat yang kos sara hidupnya jauh lebih tinggi dari Nakamura. Tapi Nakamura tak sampaila tak potong rambut. Sejak kerja di tempat baru, Alhamdulillah rezekinya cukup.

Sampai je kat Taman Unity, kedai gunting rambut yang dicadang Encik Sekime dah tutup. Terpaksalah ke tempat lain yang Nakamura rasa agak mahal sedikit itu.

Encik Sekime: Izumi nak potong rambut camana?
Nakamura: Tahla Miza, rasanya nak buat style style seperti anak-anak muda lain di Jepun ni. Kalau ada duit lebih nak juga rasa macamana diletak krim pelembut rambut. Tapi tgk la bajet macamana.

Encik Sekime hanya tersenyum kambing. Dia tau kot, Nakamura tak ada duit banyak untuk letak krim pelembut rambut. Aih..

Sementara rambut dibelek oleh tukung penggunting berbangsa Korea, Nakamura bertanya juga tentang harga rawatan dan perkhidmatan lain. Nak jugak tau harga krim pelembut rambut. Mendengar harga mencecah ribuan yen, Nakamura cuma tersenyum kosong dan mengangguk "iye.. iye.." sahaja. Apakan daya, kena simpan duit sebab Nakamura nak kawin tahun depan. Sizuka, gadis kampung Nainato, kampung sebelah tempat Nakamura tinggal menjadi idaman hati. Apa agaknya khabar Sizuka. Harapnya dia dah semakin sihat. Hari tu dia agak kurang sihat sebab makan sushi banyak sangat.

Lepas je potong rambut dan buat style sedikit sedikit, Nakamura pun ajak Encik Sekime balik dan pergi ke mesyuarat penduduk kampung. Ada sedikit malas tapi kena pergi jugak sebab dah jadi kebiasaan Nakamura untuk menjenguk mesyuarat walaupun kadang-kadang cuma nak makan free je. Hehehhehe..


..jya ne..

1 comment:

  1. Pelangi setuju dengan nakamura. Taman unity memang mahal. Pernah pelangi kunjungi seketika dahulu. Menemani kawan-kawan yang suka akan kecantikan rambut. Mahal membuatkan pelangi cuma menggunting rambut di kampung setahun sekali. Pelangi mengharapkan sizuka sembuh hari ini dan sampaikan salam kepada En. Sekime.

    ReplyDelete