Bilangan Pembaca

Free Hit Counter

Monday, November 2, 2009

6: Makan dan Naik Kapal di Waktu Malam

Cerita ni sebenarnya Nakamura dah lama nak tulis tapi tak sempat. Maklumlah, banyak dokumen yang perlu di taip dan disiapkan sebelum menjelang daedline. Kalau tidak nanti terpaksalah Nakamura makan pasir sebab tak ada kerja. Hehhehhe

Jumaat lepas, habis sahaja waktu bekerja, Nakamura dan Sizuka keluar untuk makan malam. Encik Sekime dan Aiko pun teman sekali. Tak elok keluar berdua je sebelum sah. Walaupun jauh di bumi Jepun yang jarang kedengaran azan, tapi Nakamura tetap ingat dengan perintah dan larangan penciptanya. Sebagai umat Islam kita kena patuh segalanya.

Malam tu kami makan di tepi sungai. Makanan ala China menjadi pilihan. Tapi setting tempat duduk masih lagi ala Jepun. Mungkin dema ni nak masukkan pelbagai budaya dalam satu kedai. Belasah je la. Tapi apa pun, memang makanan kat situ sedap luar biasa. Nak kata mahal, tak lah mahal. Mungkin extra beberapa ratus yen. Tapi sesekali, apa salahnya.

Usai makan kami menuju tepi pantai untuk berjalan-jalan dan merehatkan fikiran. Al maklum setelah lama bekerja tanpa melepak sesekali, memang badan terasa letih. Kami mula dengan sesi luahan suara sumbang kat pondok karaoke. Huhu. Walaupun suara tak sedap, takpe. Bukannya kita masuk Japan Idol. Seronok sesekali nyanyi dengan suara serak sebab menjerit. Yang pasti tak tau pun takpe. Asalkan enjoy.

Lepas habis sesi menonton anugerah Juara Lagu Jepun, kamipun pergi berjalan jalan dengan hajat di hati nak naik kapal Titanik. Sangat teruja bila tengok kapal berada di tengah bandaraya. Walaupun masa baru mula naik kapal tu, semua cam berani je, tapi lepas beberapa saat, Sizuka mula menjerit dan memejamkan mata, En Sekime menyumpah seranah dan Aiko terpaksa melayan kerenah Sizuka yang menggemgam tangan Aiko sampai nak terputus. Hahhahahha. Aku cuma macam biasa enjoy the feeling of being free in the air. How i love the ships. E eh.. terspeaking bahasa lain selain bahasa Jepun. Kita kan orang Jepun, kena la bangga dengan bahasa kita. Jangan terlalu dibanggakan sangat bahasa penjajah ni. Hehheheh

Apa pun, malam tu memang sangat seronok. Dah lama aku tak rasa seronok macam tu. Tambah lagi dikelilingi.. takpelah kita cakap lain kali. Nak post dah ni. Hehhehhe


..jya ne..

No comments:

Post a Comment