Bilangan Pembaca

Free Hit Counter

Wednesday, November 25, 2009

7: Bosan Hidup Bumi Sikuda Ketika Ini

Kehidupan Izumi sangat sibuk sejak akhir akhir ni. Banyak benda yang perlu ditaip. Sebagai seorang jurutaip, itulah kerja yang perlu dibuat. Izumi memang tak berpelajaran tinggi. Jadinya, kerja jurutaip yang telah Izumi dapat sejak tahun lepas akan Izumi buat sebaik-baiknya. Pernah dulu Izumi bekerja di Syarikat Pembaris Plastik Sdn Bhd sebagai buruh kasar. Tapi orang kata tak jiwa. hahhahha

Kesunyian di kampung Izumi terasa bagai Singapura dilanggar todak, bagai Jakarta dilanda garuda. Sunyi sepi bila ramai yang pergi bercuti. Encik Sekime pun gi bercuti di pulau. Encik Seiichiro, ketua kampung pun bercuti gak. Tinggalkan Izumi di Sikuda sorang-sorang. Agak kebosanan jugak walaupun Sikuda dalam Osaka di selatan Jepun yang banyak benda menarik, tapi bila kawan-kawan dah tak ada rasa bosan. Nasib baiklah ada banyak benda untuk ditaip oleh Izumi sepanjang ketiadaan kawan-kawan.

Tapi dalam kesibukan Izumi, sempat juga la Izumi bawa Sizuka ke Korea. Jalan-jalan dan menikmati kehidupan di bumi selain Jepun. Tengok tempat orang. Lagipun, dah lama Sizuka ajak Izumi pergi Korea. Baru kali ni jadi.

Lagi 2 hari dah nak raya lagi. Rasanya Izumi nak kena balik kampung. Jap lagi bergeraklah balik kampung dapat jumpa mak Izumi, kakak dan adik Izumi, Kanako dan Rinko. Tapi cuti Izumi tak lama kali ni. Kena bersiap-siap untuk ke Taiwan bila balik dari kampung. Ada perjumpaan jurutaip-jurutaip senusantara katanya.

Lapar pulak perut Izumi. Nak makan.


..jya ne..

2 comments:

  1. izumi sakit dan koma di hospital kah?

    ReplyDelete
  2. saya rasa blog drama jepun nie nnt da bley tutup bang,

    bwat buku travelog, jual dpt untung,hheehe

    ReplyDelete